Hari ini hari Rabu,hari kokum. Walau hujan lebat kokum tetap diteruskan. Namun apa yang menyentuh hati dan perasaanku?
Pabila aku balik dari sekolah aku nampak beberapa orang muslimah memakai baju PPIM. Hatiku terus tertanya-tanya, apa agaknya aktiviti yang mereka buat tadi? Mesti seronok.. Tiba-tiba rasa rindu terus menyerang jiwa, memakai baju PPIM dan melakukan aktivitinya. Dulu walau penat sekalipun, walau sakit pening-pening kepala, ku tetap gagahkan diri untuk bersama anak-anak muridku. Walau tiada idea,tiada aktiviti yang dirancang sepenuhnya, tetap ada juga pengisian aktiviti. PPIM..kau tetap dihatiku. Oklah hati dah tersentuh ni, layan blues lah. :-(
Erikamayang
Wednesday, 27 April 2011
Stress!!!!
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia..
Stress! Itulah perkataan pertama yang aku boleh luahkan sekarang. Memang stress apabila kerja sudah bertimbun depan mata dan perlu disiapkan, ditambah lagi dengan kadar kepenatan yang tidak dapat dihuraikan. Sehinggakan otak bagaikan boleh terhenti seketika untuk berfikir. Dan sekarang pun otakku pun bagai sudah terhenti seketika...tik..tik..tik !!!
Aduh! Adui! Macammana ni?! Apa nak buat? Aku tak boleh layann sangat rasa penat dan stress ni...nanti satu apa pun tak menjadi...hmmmmm....ok cool..relak..tenang..rehatkan minda, buang semua fikiran negatif dari minda. Motivasikan diri anda sendiri.
Ok...apa nak buat dulu ye? Susun kerja mengikut keutamaan, buat apa yang betul-betul penting dan perlu dahulu. Kerja sekolahke assignment? Assignment nak kena hantar besok dah ni. Kerja sekolah pun mesti buat juga. So nak buat yang mana dulu? Nak kena solat isthikarahke dulu? Hmmmm..mari kita berzikir dulu, tenangkan hati tenteramkan jiwa. Satu minit dua minit tiga minit...
So sekarang fokus dulu buat assignment. Gunakan masa dirumah untuk buat assignment dan masa disekolah untuk buat kerja sekolah. Memang penat, tambah-tambah lagi kalau ada kelas ganti,ditambah lagi dengan murid yang nakal, tak faham bahasa, hyperaktif, dislaksia dan sebagainya. Memang nak keluar sawan je dibuatnya. Sabar..sabar..Sabar itu separuh daripada iman. Insya Allah dipermudahkan segala urusan kita. Bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan. Tapi macammana pula dengan kerja NGO? Sekarang dah masuk pula masalah peribadi sikit-sikit dalam pemikiran. Dugaan..semua itu dugaan daripada Allah untuk menguatkan lagi iman. Memang banyak kekurangannya, namun semua itu dapat ditampung dengan iman. Semuanya kerana Allah, fokuskan semuanya kerana Allah, kalau difikirkan semua perkara dari semua aspek, apa-apa pun tak menjadi. Oleh itu, ikhlaskan hati buatlah semuanya kerana Allah, akan legalah, akan selesailah segala kekusutan dan kekurangan. Insya Allah kerna Allah bersama orang yang sabar dan mengharap keredhaan-Nya. Semoga semuanya akan lengkap dengan petunjuk dan rahmat dariNya. Aminnnn.
Jom kita buat kerja! :-)

Subscribe to:
Posts (Atom)